Selasa, Jun 01, 2010

Keselamatan Peralatan Ukur dan Aset Kerajaan

Di sini saya mengambil kesempatan untuk memberi peringatan bahawa pada masa kini telah banyak peralatan ukur seperti total station, alat ukur aras, alat GPS dan sebagainya khususnya aset kerajaan didapati hilang akibat daripada kecuaian masing-masing. Seharusnya kita sebagai pengguna yang berdaftar di dalam Borang KEW.PA-3 @ Borang KEW.PA-4 memastikan aset yang dipegang dan dikawal sentiasa dalam keadaan baik dan selamat daripada unsur-unsur kecurian yang sering berlaku tanpa mengenal masa dan keadaan.
Sehubungan dengan itu, peralatan-peralatan ukur, komputer riba dan aset kerajaan lain tersebut hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di bawah kawalan yang maksima bagi mengelak berlakunya sebarang kerosakan atau kehilangan aset tersebut.
Pematuhan kepada Garis Panduan Penggunaan Aset Kerajaan yang sebagaimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 : Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan hendaklah dilaksanakan. Pegawai yang gagal mematuhi peraturan di atas, boleh dikenakan tindakan termasuk surcaj di bawah Seksyen 18(c) Akta Prosedur Kewangan 1957.
Manakala bagi pihak swasta, bergantung kepada ketua penyelia yang berkaitan.
Jagalah aset sebelum aset anda hilang.