Jumaat, Mac 12, 2010

Istilah Ukur

Astronomi ( Astronomy )
Bidang ini adalah satu pengajian untuk menentukan azimuth dan juga letaknya titik di atas muka bumi dan lain-lain lagi dengan cara tetapan melalui cerapan yang dibuat ke atas bintang , matahari dan bulan . Pengajian ini adalah berkaitan dengan kedudukan relatif badan cakrawala dengan bumi .
Azimut
Bering daripada cerapan astronomi dan garisan terabas berdasarkan arah Utara Benar mengikut arah pusingan jam.
Azimut Akui
Bering yang disahkan betul untuk digunakan bagi tujuan orientasi sesuatu pengukuran dan bagi tujuan pelarasan bering .
Batu Aras (BM)
Datum untuk ketinggian.
Bearing
Sudut sesuatu garisan merujuk kepada arah utara benar. Bearing boleh dalam bentuk sukuan atau bulatan penuh.
Datum
Satu garisan di mana bering dan jaraknya diakui betul dan garisan akan menjadi garisan rujukan untuk memulakan sesuatu kerjaukur .
Dinding Dua Tuan
Dinding sepunya rumah kedai atau kediaman dua pihak pemilik lot yang bersebelahan di mana garisan sempadan yang memisahkannya melalui dinding sepunya tersebut .
Ismen
Bererti tuantanah memberi hak kepada orang lain untuk menikmati faedah dari tanahnya, contoh hak lalulalang bagi tanah bandar dan dinding dua tuan.
Jarak Opset
Satu jarak yang telah ditetapkan / dihitung bagi mengganti tanda sempadan yang hilang atau memperbetulkan kedudukan tanda sempadan yang terganjak dari stesen terabas .
Jurukur Berlesen
Jurukur Berlesen adalah seorang jurukur yang diberikan lesen untuk menjalankan kerja-kerja pengukuran tanah . Kebiasaanya seseorang yang diberikan lesen itu akan menubuhkan syarikat atau firmanya sendiri.
Kadaster
Satu bidang ukur yang akan menentukan kedudukan dan keluasan sebidang tanah itu sebagai hakmilik seseorang.
Kaveat
Yang dimaksudkan dengan Kaveat yang berkaitan dengan tanah ialah satu kemasukan yang dibuat dakam buku-buku di Pejabat Pendaftar @ Mahkamah untuk menghalang sesuatu tindakan diambil tanpa memberikan notis kepada orang yang telah memasukkan kaveat atau dikenali sebagai "Pengkaveat".
Lien
Lien wujud apabila tuantanah menyerahkan dokuman hakmilik kepada orang lain sebagai jaminan untuk sesuatu pinjaman. Orang yang diserahkan dokumen tersebut dipanggil pemegang lien. Pemegang lien boleh memohon untuk memasukan Kaveat Pemengang Lien bagi menjaga kepentingannya. Ia tidak perlu didaftarkan.
Pelan Kadaster (Pelan Akui)
Pelan Kadaster (Akui) boleh ditakrifkan sebagai pelan untuk penentuan hakmilik bagi tujuan-tujuan pendaftaran tanah. Ia diberikan nombor rujukan serta diakui benar oleh Pengarah Ukur.
Pembetulan C
Pembetulan yang dikenakan atau diberikan kepada garisan terabas / sempadan yang telah diukur apabila terabas itu ditutup dengan tilikan matahari .
Pembetulan M
Pembetulan M adalah pembetulan yang diberikan kepada garisan-garisan terabas apabila terabas itu diikat dengan cerapan matahari atau kepada kedudukan batu lama yang berada dalam kedudukan .
Peta Kadaster (Syit Piawai)
Peta Kadaster mengandungi susunan yang lengkap bagi semua pengukuran kadaster yang dijalankan samada oleh Jabatan Ukur Negeri ataupun oleh Jurukur Tanah Berlesen bagi setiap negeri. *Tidak digunapakai lagi oleh JUPEM.
Purata Aras Laut
Ketinggian purata permukaan laut. Di perolehi dengan membuat penelitian pasang surut lautan pada jangka masa tertentu. Biasa digunakan sebagai rujukan ketinggian di dalam kerja-kerja ukur/pemetaan.
Semakan Dua Kali
Cerapan bering dan pengukuran jarak satu garisan dibuat dua kali .
Sempadan
Sempadan sesatu lot itu terdiri daripada tanda-tanda sempadan yang dianggap disambung oleh garisan lurus bagi menentukan kedudukan setiap unit tanah dan juga keluasannya.
Skala
Nisbah jarak di bumi dengan jarak di atas peta. Di perlukan kerana kawasan yang diukur adalah luas berbanding dengan kertas yang digunakan menyebabkan saiz pelotan terpaksa di kecilkan. Pemilihan skala bergantung kepada kegunaan peta dan luas kawasan yang hendak ditunjukan. Skala biasa dinyatakan dalam bentuk grafik, nisbah atau pernyataan.
Tanah Simpanan
Tanah yang pada masa itu disimpan untuk tujuan awam mengikut peruntukan Sek. 62 KTN atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu.
Tanam Pastian
Sesuatu tanda itu dianggap telah ditanah pastian bila pengukuran baru dari tanda-tanda bersebelahan kepadanya didapati tidak berbeza dengan nyata daripada nilai-nilai pelan asal yang sepadan dengannya.
Tenansi
Sewaan tanah yang tidak melebihi tempoh tiga tahun dan ia tidak perlu didaftarkan .
Tikaian Sudut
Tikaian sudut adalah merupakan satu selisihan yang berlaku apabila sesuatu terabas itu ditutup dan juga satu selisihan yang berlaku antara penyilang kanan dan penyilang kiri apabila teodolit ditransitkan.
Ukur Fotorgrametri ( Photogrametry surveying )
Ukur fotorgrametri adalah satu bidang ukur untuk memdapat ukuran tetap dari gambar yang khas yang diambil dari utara dengan kapal terbang .Stesen atau titik yang ditentukan di atas muka bumi sertan menggunakan gambar ini untuk menghasilkan peta atau pelan .
Ukur Geodetik
Ianya adalah satu jenis yang melibatkan penghitungan bentuk muka bumi dalam pengukuran yang berkaitan . Tujuan ukur ini adalah untuk menentukan kedudukan reletif titik-titik yang ditempatkan berasingan di antara satu sama lain di atas bumi.
Ukur Hidorgrafi ( Hydrographic survey )
Ianya adalah satu teknik pengukuran yang mengukur permukaan bumi di dasar laut atau sungai. Kegunaannya adalah dalam bidang pelayaran , pelombongan minyak dan pembinaan di bawah air seperti pelabuhan, empangan dan lain-lain .
Ukur Kadaster ( Cadestra surveying )
Tujuan utama ukur kadastra adalah menentukan sempadan sesuatu bidang tanah atau lot yang diperlu oleh negeri untuk menghasilkan pelan akui . Ianya terlibat pendaftaran harta benda tanah yang rumit dan dikawal oleh jabatan ukur dan pejabat tanah .
Ukur Kejuruteraan ( Engineering surveying )
Ianya melibatkan pengukuran keluasan dan isipadu bagi tapak pembinaan, merekodkan matlumat atau butiran ditapak untuk perancangan dan pembinaan dalam projek kejuruteraan .
Ukur perlombongan ( Mining surveying )
Ukur perlombongan adalah satu ukur bidang uang berkaitan dengan kegunaan prinsip ukur kejuruteraan atau perlombongan di bawah tanah dan juga di atas permukaan bumi .
Ukur Topografi ( Topograpical surveying )
Ianya adalah untuk mengukur dan mendapatkan data-data tentang ukuran di atas bumi. Satu peta atau pelan topografik akan dihasilkan melalui pengukuran ini .
Utara
Arah rujukan di dalam kebanyakan kerja-kerja pengukuran. Terdapat tiga (3) jenis utara :
Utara Benar
Arah ke kutub utara bumi.
Utara Magnet
Arah utara yang ditunjukan oleh jarum magnet. Kesan tarikan tempatan perlu diambilkira.
Utara Grid
Garisan selari di dalam peta yang menggambarkan arah utara.
*Penulis tidak bertanggungjawab di atas sebarang ketidaktepatan maklumat di atas.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home