Jumaat, Jun 26, 2009

Latihan Industri











Pejabat aku sering menerima pelajar politeknik dan uitm dalam menjalankan latihan industri. Kebiasaannya dalam tempoh 1 bulan atau 3 bulan. Walaupun kesannya dalam sasaran kerja tahunan (skt) kami akan berkurangan, namun demikian demi masa depan mereka yang cerah (cheewah) maka kami perlu mengambil positif dalam hal ini. Nampak benda ni mudah. Namun cuba bayangkan kebanyakkan pelajar ini tidak mempunyai kenderaan sendiri untuk ke site. So perlulah mereka menumpang kenderaan pengukur. Aku harap isteri-isteri pengukur aku tidak salah faham termasuklah isteri aku. Yealah kebanyakkan pelajar ni berumur awal 20an. Sedikit sebanyak mungkin ada yang terasa. Yang penting niat kita. Jangan ada niat yang lain daripada tujuan nak mengajar. Hehehehe.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home