Jumaat, Jun 26, 2009

Kemelesatan Ekonomi

Salam.

Alhamdulillah. Walaupun ekonomi dunia ketika ini kurang memuaskan tetapi aku dan kebanyakkan rakyat Malaysia masih boleh hidup aman dan membeli keperluan barang dengan seadanya. Namun begitu, sejak awal tahun 2009 sering terpampang di suratkhabar ramai pekerja kilang tempatan yang diberhentikan kerja. Tetapi tidak dilakukan kepada pekerja asing. Sesungguhnya aku berharap dan berdoa pihak kerajaan dapat mengambil tindakan sesuatu demi memastikan kebajikan pekerja tempatan dibela. Sudah pasti pihak swasta akan memberikan pelbagai alasan demi mempertahankan tindakan perberhentian pekerja tempatan. Secara logik, sudah tentulah faktor keuntungan akan lebih diutamakan daripada menanggung kerugian yang banyak. Kepada kawan-kawan sekalian termasuklah aku, apabila menerima gaji harap dapatlah diutamakan SIMPANAN berbanding belanja yang tidak diperlukan. Apabila hendak membeli sesuatu perlulah merancang dengan menyediakan senarai pembelian yang perlu. Bila hendak beli sesuatu barang pastikan KEPERLUAN, KEMAMPUAN dan MURAH menjadi pegangan dalam diri.

Wasalam.

0 Comments:

Catat Ulasan

<< Home