Selasa, Jun 01, 2010

Keselamatan Peralatan Ukur dan Aset Kerajaan

Di sini saya mengambil kesempatan untuk memberi peringatan bahawa pada masa kini telah banyak peralatan ukur seperti total station, alat ukur aras, alat GPS dan sebagainya khususnya aset kerajaan didapati hilang akibat daripada kecuaian masing-masing. Seharusnya kita sebagai pengguna yang berdaftar di dalam Borang KEW.PA-3 @ Borang KEW.PA-4 memastikan aset yang dipegang dan dikawal sentiasa dalam keadaan baik dan selamat daripada unsur-unsur kecurian yang sering berlaku tanpa mengenal masa dan keadaan.
Sehubungan dengan itu, peralatan-peralatan ukur, komputer riba dan aset kerajaan lain tersebut hendaklah disimpan di tempat yang selamat dan sentiasa di bawah kawalan yang maksima bagi mengelak berlakunya sebarang kerosakan atau kehilangan aset tersebut.
Pematuhan kepada Garis Panduan Penggunaan Aset Kerajaan yang sebagaimana yang dijelaskan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2007 : Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan hendaklah dilaksanakan. Pegawai yang gagal mematuhi peraturan di atas, boleh dikenakan tindakan termasuk surcaj di bawah Seksyen 18(c) Akta Prosedur Kewangan 1957.
Manakala bagi pihak swasta, bergantung kepada ketua penyelia yang berkaitan.
Jagalah aset sebelum aset anda hilang.

Jumaat, April 09, 2010

Kursus Apresiasi Lembaga Jurukur Tanah

Pada 5 hingga 8 April 2010 pihak LJT telah mengadakan Kursus Apresiasi bagi persediaan menghadapi Peperiksaan Bertulis Kertas Undang-Undang dan Peraturan anjuran ISM/LJT yang diadakan pada setiap tahun. Ini adalah kali kedua aku menghadiri kursus tersebut selepas 2008. Sepanjang kursus ini beberapa tenaga pengajar telah memberikan maklumat dan isu semasa yang mungkin akan ditanya. Namun demikian, semuanya bergantung kepada usaha sendiri untuk belajar dan seterusnya berjaya di dalam peperiksaan tersebut. Pada hari terakhir telah diadakan sesi kajian kes di mana ahli-ahli panelnya merupakan pegawai yang mempunyai pengetahuan yang mantap dalam ilmu geomatik dan undang-undang. Peperiksaan ini akan diadakan pada 12 Mei 2010 di Komtar, P.Pinang. Doakan kejayaan. Amin.

Jumaat, Mac 12, 2010

Istilah Ukur

Astronomi ( Astronomy )
Bidang ini adalah satu pengajian untuk menentukan azimuth dan juga letaknya titik di atas muka bumi dan lain-lain lagi dengan cara tetapan melalui cerapan yang dibuat ke atas bintang , matahari dan bulan . Pengajian ini adalah berkaitan dengan kedudukan relatif badan cakrawala dengan bumi .
Azimut
Bering daripada cerapan astronomi dan garisan terabas berdasarkan arah Utara Benar mengikut arah pusingan jam.
Azimut Akui
Bering yang disahkan betul untuk digunakan bagi tujuan orientasi sesuatu pengukuran dan bagi tujuan pelarasan bering .
Batu Aras (BM)
Datum untuk ketinggian.
Bearing
Sudut sesuatu garisan merujuk kepada arah utara benar. Bearing boleh dalam bentuk sukuan atau bulatan penuh.
Datum
Satu garisan di mana bering dan jaraknya diakui betul dan garisan akan menjadi garisan rujukan untuk memulakan sesuatu kerjaukur .
Dinding Dua Tuan
Dinding sepunya rumah kedai atau kediaman dua pihak pemilik lot yang bersebelahan di mana garisan sempadan yang memisahkannya melalui dinding sepunya tersebut .
Ismen
Bererti tuantanah memberi hak kepada orang lain untuk menikmati faedah dari tanahnya, contoh hak lalulalang bagi tanah bandar dan dinding dua tuan.
Jarak Opset
Satu jarak yang telah ditetapkan / dihitung bagi mengganti tanda sempadan yang hilang atau memperbetulkan kedudukan tanda sempadan yang terganjak dari stesen terabas .
Jurukur Berlesen
Jurukur Berlesen adalah seorang jurukur yang diberikan lesen untuk menjalankan kerja-kerja pengukuran tanah . Kebiasaanya seseorang yang diberikan lesen itu akan menubuhkan syarikat atau firmanya sendiri.
Kadaster
Satu bidang ukur yang akan menentukan kedudukan dan keluasan sebidang tanah itu sebagai hakmilik seseorang.
Kaveat
Yang dimaksudkan dengan Kaveat yang berkaitan dengan tanah ialah satu kemasukan yang dibuat dakam buku-buku di Pejabat Pendaftar @ Mahkamah untuk menghalang sesuatu tindakan diambil tanpa memberikan notis kepada orang yang telah memasukkan kaveat atau dikenali sebagai "Pengkaveat".
Lien
Lien wujud apabila tuantanah menyerahkan dokuman hakmilik kepada orang lain sebagai jaminan untuk sesuatu pinjaman. Orang yang diserahkan dokumen tersebut dipanggil pemegang lien. Pemegang lien boleh memohon untuk memasukan Kaveat Pemengang Lien bagi menjaga kepentingannya. Ia tidak perlu didaftarkan.
Pelan Kadaster (Pelan Akui)
Pelan Kadaster (Akui) boleh ditakrifkan sebagai pelan untuk penentuan hakmilik bagi tujuan-tujuan pendaftaran tanah. Ia diberikan nombor rujukan serta diakui benar oleh Pengarah Ukur.
Pembetulan C
Pembetulan yang dikenakan atau diberikan kepada garisan terabas / sempadan yang telah diukur apabila terabas itu ditutup dengan tilikan matahari .
Pembetulan M
Pembetulan M adalah pembetulan yang diberikan kepada garisan-garisan terabas apabila terabas itu diikat dengan cerapan matahari atau kepada kedudukan batu lama yang berada dalam kedudukan .
Peta Kadaster (Syit Piawai)
Peta Kadaster mengandungi susunan yang lengkap bagi semua pengukuran kadaster yang dijalankan samada oleh Jabatan Ukur Negeri ataupun oleh Jurukur Tanah Berlesen bagi setiap negeri. *Tidak digunapakai lagi oleh JUPEM.
Purata Aras Laut
Ketinggian purata permukaan laut. Di perolehi dengan membuat penelitian pasang surut lautan pada jangka masa tertentu. Biasa digunakan sebagai rujukan ketinggian di dalam kerja-kerja ukur/pemetaan.
Semakan Dua Kali
Cerapan bering dan pengukuran jarak satu garisan dibuat dua kali .
Sempadan
Sempadan sesatu lot itu terdiri daripada tanda-tanda sempadan yang dianggap disambung oleh garisan lurus bagi menentukan kedudukan setiap unit tanah dan juga keluasannya.
Skala
Nisbah jarak di bumi dengan jarak di atas peta. Di perlukan kerana kawasan yang diukur adalah luas berbanding dengan kertas yang digunakan menyebabkan saiz pelotan terpaksa di kecilkan. Pemilihan skala bergantung kepada kegunaan peta dan luas kawasan yang hendak ditunjukan. Skala biasa dinyatakan dalam bentuk grafik, nisbah atau pernyataan.
Tanah Simpanan
Tanah yang pada masa itu disimpan untuk tujuan awam mengikut peruntukan Sek. 62 KTN atau mana-mana undang-undang tanah terdahulu.
Tanam Pastian
Sesuatu tanda itu dianggap telah ditanah pastian bila pengukuran baru dari tanda-tanda bersebelahan kepadanya didapati tidak berbeza dengan nyata daripada nilai-nilai pelan asal yang sepadan dengannya.
Tenansi
Sewaan tanah yang tidak melebihi tempoh tiga tahun dan ia tidak perlu didaftarkan .
Tikaian Sudut
Tikaian sudut adalah merupakan satu selisihan yang berlaku apabila sesuatu terabas itu ditutup dan juga satu selisihan yang berlaku antara penyilang kanan dan penyilang kiri apabila teodolit ditransitkan.
Ukur Fotorgrametri ( Photogrametry surveying )
Ukur fotorgrametri adalah satu bidang ukur untuk memdapat ukuran tetap dari gambar yang khas yang diambil dari utara dengan kapal terbang .Stesen atau titik yang ditentukan di atas muka bumi sertan menggunakan gambar ini untuk menghasilkan peta atau pelan .
Ukur Geodetik
Ianya adalah satu jenis yang melibatkan penghitungan bentuk muka bumi dalam pengukuran yang berkaitan . Tujuan ukur ini adalah untuk menentukan kedudukan reletif titik-titik yang ditempatkan berasingan di antara satu sama lain di atas bumi.
Ukur Hidorgrafi ( Hydrographic survey )
Ianya adalah satu teknik pengukuran yang mengukur permukaan bumi di dasar laut atau sungai. Kegunaannya adalah dalam bidang pelayaran , pelombongan minyak dan pembinaan di bawah air seperti pelabuhan, empangan dan lain-lain .
Ukur Kadaster ( Cadestra surveying )
Tujuan utama ukur kadastra adalah menentukan sempadan sesuatu bidang tanah atau lot yang diperlu oleh negeri untuk menghasilkan pelan akui . Ianya terlibat pendaftaran harta benda tanah yang rumit dan dikawal oleh jabatan ukur dan pejabat tanah .
Ukur Kejuruteraan ( Engineering surveying )
Ianya melibatkan pengukuran keluasan dan isipadu bagi tapak pembinaan, merekodkan matlumat atau butiran ditapak untuk perancangan dan pembinaan dalam projek kejuruteraan .
Ukur perlombongan ( Mining surveying )
Ukur perlombongan adalah satu ukur bidang uang berkaitan dengan kegunaan prinsip ukur kejuruteraan atau perlombongan di bawah tanah dan juga di atas permukaan bumi .
Ukur Topografi ( Topograpical surveying )
Ianya adalah untuk mengukur dan mendapatkan data-data tentang ukuran di atas bumi. Satu peta atau pelan topografik akan dihasilkan melalui pengukuran ini .
Utara
Arah rujukan di dalam kebanyakan kerja-kerja pengukuran. Terdapat tiga (3) jenis utara :
Utara Benar
Arah ke kutub utara bumi.
Utara Magnet
Arah utara yang ditunjukan oleh jarum magnet. Kesan tarikan tempatan perlu diambilkira.
Utara Grid
Garisan selari di dalam peta yang menggambarkan arah utara.
*Penulis tidak bertanggungjawab di atas sebarang ketidaktepatan maklumat di atas.

Peraturan Ukur Kadaster 2009

  • Pekeliling ini penggantikan Peraturan Ukur 2002 yang digunakan sekarang sebagai memenuhi keperluan amalan ukur kadaster baru di bawah sistem eKadaster. Oleh yang demikian, Peraturan Ukur Kadaster 2009 telah disediakan untuk memenuhi keperluan tersebut. Pekeliling ini dikuatkuasakan ke semua negeri di Semenanjung Malaysia, juga Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
  • Secara umum Peraturan Ukur Kadaster 2009 ini terbahagi kepada sepuluh (10) bab yang meliputi pelbagai aspek ukur kadaster, iaitu seperti berikut:
  • Bab I - Permulaan
  • Bab 2 - Peruntukan Am
  • Bab 3 - Pengukuran
  • Bab 4 - Prosesan Data
  • Bab 5 - Tikaian Yang Dibenarkan
  • Bab 6 - Format Pelan Dan Maklumat Lain
  • Bab 7 - Pangkalan Data
  • Bab 8 - Penomboran
  • Bab 9 - Arahan
  • Bab 10 - Pengecualian

  • Pekeliling ini berkuatkuasa penggunaannya mulai 1 Ogos 2009. Walau bagaimanapun, semua ukuran kadaster yang telah dijalankan mengikut Peraturan Ukur Kadaster 2002 masih boleh diterima sehingga 31 Disember 2009.

Khamis, Mac 11, 2010

Program Ukur Kalkulator 603P


Kalkulator ini memang amat disukai oleh Surveyor. Ia memang amat memudahkan cara pengiraan dan pantas. Aku tak pasti samada kalkulator ini masih ada di pasaran atau tidak. Harganya pun sudah mahal disebabkan ramai yang masih mencari kalkulator ini.
*Sumber dari Bro Riza.

Rabu, Mac 10, 2010

Cara Pukul Golf Yang Sebenar













































Selamat mencuba.
*Sumber Harian Metro.

Rabu, Julai 29, 2009

Perubahan Pengurusan Tertinggi JUPEM







Tahniah di atas pelantikan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan Pengurusan Tertinggi JUPEM yang lain. Iaitu dari atas Dato' Prof. Sr. Dr. Abdul Kadir bin Taib, KPUPM, En. Ahmad Fauzi bin Nordin, TKPUPM, Tn. Hj. Muhamed Kamil bin Md Daud, PUB Kadaster dan En. Hasan bin Jamil, PUB Pemetaan. Semoga JUPEM akan bertambah mantap dari segi pengurusan dan tercapai objektif perancangannya demi kebaikan sistem pengukuran kadaster di Malaysia.

Ahad, Jun 28, 2009

7 Perkara Menjana Sifat Cemerlang

- Orang Yang Bersikap Cemerlang semakin tercabar, semakin kuat.

- Orang yang cemerlang melihat peluang dalam kegawatan.

- Orang yang cemerlang sentiasa berusaha bersungguh-sungguh :
Pertama : tetapkan satu matlamat besar

Kedua : Mencapainya dengan penuh keberanian


- Orang yang cemerlang sentiasa mencari jalan memperbaiki diri.


- Seseorang yang cemerlang tidak menyalahkan keadaan.


- Orang yang cemerlang sentiasa mendengar dahulu pendapat orang lain.


- Orang yang cemerlang sentiasa berusaha bangun apabila terjatuh.


Sumber dari Mohd Huzairi Zainuddin, Perunding Motivasi, Mingguan Wanita, Bil.1304, Nov, 2008.