Jumaat, April 09, 2010

Kursus Apresiasi Lembaga Jurukur Tanah

Pada 5 hingga 8 April 2010 pihak LJT telah mengadakan Kursus Apresiasi bagi persediaan menghadapi Peperiksaan Bertulis Kertas Undang-Undang dan Peraturan anjuran ISM/LJT yang diadakan pada setiap tahun. Ini adalah kali kedua aku menghadiri kursus tersebut selepas 2008. Sepanjang kursus ini beberapa tenaga pengajar telah memberikan maklumat dan isu semasa yang mungkin akan ditanya. Namun demikian, semuanya bergantung kepada usaha sendiri untuk belajar dan seterusnya berjaya di dalam peperiksaan tersebut. Pada hari terakhir telah diadakan sesi kajian kes di mana ahli-ahli panelnya merupakan pegawai yang mempunyai pengetahuan yang mantap dalam ilmu geomatik dan undang-undang. Peperiksaan ini akan diadakan pada 12 Mei 2010 di Komtar, P.Pinang. Doakan kejayaan. Amin.